Tuesday, July 14, 2015

Langkawi (Part 3)

Hello Hei Hai.

Sambung lagi untuk hari yang ke 2 pulak :)

Day 2 (28 Mei 2015)

Okay, pepagi lagi we ouls dah bangun, tak sempat nak sarapan lagi, we ouls dah get ready nak pergi Island hoping.

Tak sah okayy kalau sampai Langkawi tapi tak pergi island hoping.

Yang ni takyah susah susah nak booking dulu.

Kalau time korang nak pergi tu bukan peak hour, korang boleh terus je pergi kat area Pantai Teluk Baru tu.

Package standard untuk islan hoping ni dalam RM30-RM35 jer per person.

Disebabkan time ai pergi tu bukan holiday season, ai dapat la murah sikitttttttt. RM15/ person. Hohohohoho.

Murah gila kan?
We are readayhhhhh! 





Package island hoping yang we ouls amik ni pergi 3 tempat. That is Tasik Dayang Bunting, Pulau yang untuk bagi makan helang tu and Pulau Beras Basah.

Each tempat tu, abang boat tu bagi masa dalam 1 jam untuk menghayati keindahan alam semulajadi tu. Hahaha.

Okay!

Tasik Dayang Bunting.

Orang sana cakap, siapa yang dah lama kawen tapi masih tak dikurniakan cahaya mata tu, boleh la try minum sikit air.

Tapi, jangan percaya sangat. Itu cuma lagenda Tasik Dayang Bunting ni jer.

Jap jap!

Hakak nak payung gambar sikeddddd :P

Bersama abam sado. HIKHIK

Suka abam tuuu :P

Sebelum sampai kat Tasik ni, korang kena mendaki tangga yang sangat memenatkan.
Around 3 to 5 km kot before sampai kat tasik ni.

So, sesak jugak la napas den nak sampai kat tasik ni.
Cik abe tak cukup sado nak dukung. *ihiks*

Sesampai je kat tasik ni, apa lagi. Terjun!

Safety jacket tu sewa RM5 je.

Kalau nak naik solar boat tu dalam RM20/ boat.

So, try la memaner yang berkenan tu.

Ai prefer mandi manda.

Air tasek tu pun ai dah telan sebaldi. Hahaha

Kat sini, dorang ada jual air tasik ni yang dah di filter. 2 botol RM5. Pandai depa ni buat bisnes. Hihihi

Ai sempat la belikan untuk mummy den kat KL tu. Mana tau kot kot mujarab, dapat ai adik baby lagi. HAHAHA.

Next!

Lepas dah mandi manda kat Tasik Dayang Bunting ni, abang boat ni bawak pergi bagi makan Helang. Serious lupa gila apa nama pulau ni. 

Haaaaa. Ni ada tips sikit. Kalau nak pergi bagi makan helang. Make sure korang ikut trip pagi untuk island hoping ni. Kalau korang pergi trip petang, helang helang tu semua dah tanak turun makan sebab dah kenyang! 

Next, lepas dah bagi makan helang, kita sambung bermandi manda kat Pulau Beras Basah pulak.

Kat sini banyak monyet. and......... takda toilet!

Makanan dan minuman yang dorang jual kat island ni pun mahal gila babeng. 

Air tin sampai RM3! 

Mahal nak oii.

So elakkan membeli kat sana.

Beli siap siap kat jeti kalau nak jimat okay :)

*peace*

Selesai semua aktiviti island hoping ni dalam pukul 12 cemtu. Perut pun dah lapar. Campur penat ber'saited' tadi. We ouls pun pergi beli makanan ringan kat tepi tepi jeti tu and balik hotel terus. Nak rehat jap untuk continue pergi jalan jalan petang sat g. Muehehehe


Okay, 

Sambung lagi ! 

Lepas waktu zohor cemtu, we ouls kua nak pergi jalan jalan pulak. 

Tapi sebelum tu, we ouls makan dulu kat gerai mana ntah. 

Boleh tahan la masakan dia and murah! 

Kedai mak cik ni dekat Pandang Matsirat. Tepi simpang je.

Perut dah kenyang, baru ada mood nak berjalan jalan.

So, first sekali, we ouls pergi Dataran Lang @ Kuah.

Ni tempat wajib ok. 

Tempat nak bergambar dengan burung Helang yang tak terbang terbang daripada dulu. Hahaha

Langka'weeeee'

Lepas dah bergambar sakan kat Dataran Lang, we ouls proceed pergi Makam Mahsuri pulak.

Makam mahsuri ni pun salah satu tempat wajib untuk korang pergi.

Entrace nak masuk makam mahsuri ni RM7/ person.

Masuk jelaaa. Dapat gak tau asal usul and salasilah Mahsuri ni.

Masuk makam mahsuri, jangan lupa basuh muka pakai air telaga kat sini. 

Mana tau, tetiba muka boleh jadi cantik macam Mahsuri ke kan ? Hihihihi *gurau jerla !*



Lepas pergi Makam Mahsuri tu, we ouls proceed nak pergi cari Minyak Gamat pulak sebab kat area area sini dah dekat dengan Kilang Kilang Gamat. 

Lepas dah shopping gamat sikit sikit. We ouls proceed pergi HIG (Haji Ismail Group) untuk shopping Chocolateeeeee!

Haaaa kauuu! 

Cik abe ai ni gila chocolate jugak gamaknya. 

Shopping sikit sikit pun sampai RM300++. 

Memang tu lah nawaitu awal awal nak mai sini.

Nak borong chocolate.

So boleh la makan chocolate sampai hujung tahun ni. Hahaha

Lepas dah penat jenjalan kat area pekan Kuah tu, we ouls pun balik la kat hotel untuk berehat.

Penat okayy. 

Malam kita nak sambung pergi cari tempat makan best kat area Pantai Chenang pulak.

Okayy!

Pada sebelah malam pulak, we ouls decide nak pergi makan kat area Pantai Chenang jer. Sebab ada survey survey kat internet tempat makan best kat Pantai Chenang ni. Tapi area sini banyak pub and banyak jugak chinese restaurant. So, cari la tempat makan melayu yang halalan toiyibaaa okayy? :)

Ai pergi makan kat Restaurant Haji Ramli.

Overall, okay je makan kat restoran ni. Tapi nak inform awal awal ni, restoran kat area area ni agak pricey sikit la. sebab area tourist kan. 

Tapi not bad la. Semua makanan kat Restoran Haji Ramli ni fresh! Tak macam restoren yang kat Kuah semalam! 

Malam tu plan nak lepak tepi laut kat Pantai Chenang tu, tapi tetibe...................... hujan pulak! So, terpaksa lah balik hotel balik. Tidur awal malam tu. Sebab penat berjalan sakan siang tadi. 





No comments:

Post a Comment