Tuesday, July 14, 2015

Budget bercuti di Langkawi

Salam.

Ai nak share sikit tentang budget ai untuk bercuti kat Langkawi (3 days, 2 nights)

Flight return ticket (Air Asia): RM 100
The Courtyard Hotel Langkawi: RM 300
Kereta Sewa: RM 130
Minyak : RM 60
Island Hoping: RM 15
Total: RM 605

Entrance

Cable Car : RM 15
Makam Mahsuri: RM 7
Total: RM 22

Shopping + Makan : RM 500 

FINAL TOTAL: RM 1127

*Okay ni bajet ai. Kalau macam ai ni, Ai tontong dengan cik abe ai. So takdalah terasa banyak sangat.
Masing masing boleh jer ikut bajet masing masing ok?

Happy Bercuti!



Langkawi (Part 4)

Haiiii.

Sambung lagi :D

Day 3 (29 Mei 2015)

Dah last day dah we ouls bercuti riang ria raya kat sini.

Sobbs Sobss. *sedih hokkay!*

Pagi tu nothing much pun activities.

Macam biasa, breakfast and kemas kemas.

Get ready nak balik.

Flight dalam pukul 3 petang kejap lagi.

Lepas check out hotel pukul 12 lebih tengah hari, we ouls duk melepak je kat airport Langkawi tu.

Melepak kat airport


Makan lunch pun kat airport tu jer.

Sampai KLIA2 dalam pukul 4 petang.

Dah last last minit ni pulak, kawan Kamil tak dapat amik kat KLIA2 tu.

Terpaksa naik cab kat airport tu.

Dari KLIA2 sampai Bangi dia cas RM80.

Rabakzzzzz! Nasib baik Kamil yang payung hakak :P

-The End-

InsyaAllah planning for the next trip pulak :)

Langkawi (Part 3)

Hello Hei Hai.

Sambung lagi untuk hari yang ke 2 pulak :)

Day 2 (28 Mei 2015)

Okay, pepagi lagi we ouls dah bangun, tak sempat nak sarapan lagi, we ouls dah get ready nak pergi Island hoping.

Tak sah okayy kalau sampai Langkawi tapi tak pergi island hoping.

Yang ni takyah susah susah nak booking dulu.

Kalau time korang nak pergi tu bukan peak hour, korang boleh terus je pergi kat area Pantai Teluk Baru tu.

Package standard untuk islan hoping ni dalam RM30-RM35 jer per person.

Disebabkan time ai pergi tu bukan holiday season, ai dapat la murah sikitttttttt. RM15/ person. Hohohohoho.

Murah gila kan?
We are readayhhhhh! 





Package island hoping yang we ouls amik ni pergi 3 tempat. That is Tasik Dayang Bunting, Pulau yang untuk bagi makan helang tu and Pulau Beras Basah.

Each tempat tu, abang boat tu bagi masa dalam 1 jam untuk menghayati keindahan alam semulajadi tu. Hahaha.

Okay!

Tasik Dayang Bunting.

Orang sana cakap, siapa yang dah lama kawen tapi masih tak dikurniakan cahaya mata tu, boleh la try minum sikit air.

Tapi, jangan percaya sangat. Itu cuma lagenda Tasik Dayang Bunting ni jer.

Jap jap!

Hakak nak payung gambar sikeddddd :P

Bersama abam sado. HIKHIK

Suka abam tuuu :P

Sebelum sampai kat Tasik ni, korang kena mendaki tangga yang sangat memenatkan.
Around 3 to 5 km kot before sampai kat tasik ni.

So, sesak jugak la napas den nak sampai kat tasik ni.
Cik abe tak cukup sado nak dukung. *ihiks*

Sesampai je kat tasik ni, apa lagi. Terjun!

Safety jacket tu sewa RM5 je.

Kalau nak naik solar boat tu dalam RM20/ boat.

So, try la memaner yang berkenan tu.

Ai prefer mandi manda.

Air tasek tu pun ai dah telan sebaldi. Hahaha

Kat sini, dorang ada jual air tasik ni yang dah di filter. 2 botol RM5. Pandai depa ni buat bisnes. Hihihi

Ai sempat la belikan untuk mummy den kat KL tu. Mana tau kot kot mujarab, dapat ai adik baby lagi. HAHAHA.

Next!

Lepas dah mandi manda kat Tasik Dayang Bunting ni, abang boat ni bawak pergi bagi makan Helang. Serious lupa gila apa nama pulau ni. 

Haaaaa. Ni ada tips sikit. Kalau nak pergi bagi makan helang. Make sure korang ikut trip pagi untuk island hoping ni. Kalau korang pergi trip petang, helang helang tu semua dah tanak turun makan sebab dah kenyang! 

Next, lepas dah bagi makan helang, kita sambung bermandi manda kat Pulau Beras Basah pulak.

Kat sini banyak monyet. and......... takda toilet!

Makanan dan minuman yang dorang jual kat island ni pun mahal gila babeng. 

Air tin sampai RM3! 

Mahal nak oii.

So elakkan membeli kat sana.

Beli siap siap kat jeti kalau nak jimat okay :)

*peace*

Selesai semua aktiviti island hoping ni dalam pukul 12 cemtu. Perut pun dah lapar. Campur penat ber'saited' tadi. We ouls pun pergi beli makanan ringan kat tepi tepi jeti tu and balik hotel terus. Nak rehat jap untuk continue pergi jalan jalan petang sat g. Muehehehe


Okay, 

Sambung lagi ! 

Lepas waktu zohor cemtu, we ouls kua nak pergi jalan jalan pulak. 

Tapi sebelum tu, we ouls makan dulu kat gerai mana ntah. 

Boleh tahan la masakan dia and murah! 

Kedai mak cik ni dekat Pandang Matsirat. Tepi simpang je.

Perut dah kenyang, baru ada mood nak berjalan jalan.

So, first sekali, we ouls pergi Dataran Lang @ Kuah.

Ni tempat wajib ok. 

Tempat nak bergambar dengan burung Helang yang tak terbang terbang daripada dulu. Hahaha

Langka'weeeee'

Lepas dah bergambar sakan kat Dataran Lang, we ouls proceed pergi Makam Mahsuri pulak.

Makam mahsuri ni pun salah satu tempat wajib untuk korang pergi.

Entrace nak masuk makam mahsuri ni RM7/ person.

Masuk jelaaa. Dapat gak tau asal usul and salasilah Mahsuri ni.

Masuk makam mahsuri, jangan lupa basuh muka pakai air telaga kat sini. 

Mana tau, tetiba muka boleh jadi cantik macam Mahsuri ke kan ? Hihihihi *gurau jerla !*



Lepas pergi Makam Mahsuri tu, we ouls proceed nak pergi cari Minyak Gamat pulak sebab kat area area sini dah dekat dengan Kilang Kilang Gamat. 

Lepas dah shopping gamat sikit sikit. We ouls proceed pergi HIG (Haji Ismail Group) untuk shopping Chocolateeeeee!

Haaaa kauuu! 

Cik abe ai ni gila chocolate jugak gamaknya. 

Shopping sikit sikit pun sampai RM300++. 

Memang tu lah nawaitu awal awal nak mai sini.

Nak borong chocolate.

So boleh la makan chocolate sampai hujung tahun ni. Hahaha

Lepas dah penat jenjalan kat area pekan Kuah tu, we ouls pun balik la kat hotel untuk berehat.

Penat okayy. 

Malam kita nak sambung pergi cari tempat makan best kat area Pantai Chenang pulak.

Okayy!

Pada sebelah malam pulak, we ouls decide nak pergi makan kat area Pantai Chenang jer. Sebab ada survey survey kat internet tempat makan best kat Pantai Chenang ni. Tapi area sini banyak pub and banyak jugak chinese restaurant. So, cari la tempat makan melayu yang halalan toiyibaaa okayy? :)

Ai pergi makan kat Restaurant Haji Ramli.

Overall, okay je makan kat restoran ni. Tapi nak inform awal awal ni, restoran kat area area ni agak pricey sikit la. sebab area tourist kan. 

Tapi not bad la. Semua makanan kat Restoran Haji Ramli ni fresh! Tak macam restoren yang kat Kuah semalam! 

Malam tu plan nak lepak tepi laut kat Pantai Chenang tu, tapi tetibe...................... hujan pulak! So, terpaksa lah balik hotel balik. Tidur awal malam tu. Sebab penat berjalan sakan siang tadi. 





Langkawi (Part 2)

Hai.

Okay sambung lagi !

Day 1 (27 Mei 2015)

Yeayyy. Hari yang di nanti-nanti sudah tiba.*aiceh*

Masa first day ni, ai tak plan aktiviti nak berjalan sangat.

Sebab sampai Langkawi pun dalam pukul 2 petang macam tu.

Sebab flight pukul 1 cemtu kan.

Hihihihi.

Hai Langkawi!


So sampai sampai sana, kami tunggu Pak long hantar kereta sewa.

Pak long ni bagus jugak la service dia.

Dia dah sampai awal lagi daripada customer.

So, sesampai je ai kat sana, terus dengan meriahnya dapat kereta sewa. Hihihi

Ohh ye.

Make sure kalau pakai kereta sewa, tak kisah la daripada sesiapa sekalipun, jangan lupa request receipt. So, apa apa jadi nanti senang sebab ada "black and white".

Okay, lepas urusan kereta sewa dah selesai, kita pergi isi minyak kereta dulu.

HAHA. Sebab minyak yang sedia ada tu cukup cukup je untuk sampai kat station minyak yang berdekatan.

Lepas dah settle semua semua tu.

We ouls check in hotel pulak.

We ouls stay kat The Courtyard Langkawi.

The Courtyard Langkawi


Area area Pantai Tengah. Dekat dengan Aseana Hotel yang colourful gila babeng tu.Hihihi

Rate hotel dia kira okay la. RM150 per night.

Ai amek 2 nights, so tatal up only RM300 jer. Murah kan? *flip tudung*

Condition hotel dia ni boleh la tahan.

Untuk leisure okay sangat lah tu.

Dalam bilik ada aircond, peti ais, toaster/oven, kettle. Wifi pun lajuuu. Cuma slack takda tv jer.
HAHAHA. Tapi okay la tu, nak tengok tv, baik duk rumah. Takyah g jenjalan. Hikhikhik

Lepas dah check in. We ouls kemas barang sikit sikit.

Plan hari ni nak tengok sunset kat atas Gunung.

So~ Jum ke Cable Car!

Masa we ouls sampai kat sini, semua activities dah tutup.

Oriental Village dah tutup, semua lah dah tutup. Almaklumlah dah petang.

So, ai recommend kalau nak experience macam macam activities, pergi lah tengah tengah hari sikir. Huhuhu.

Entrance untuk naik cable car ni dalam RM15/ person.

Ni package dah termasuk dome + sky cab.

Kira okay lah tuuu. Make sure bawak MyKad okayy. Kalau muka korang ni ada mix mix jawa ke, nanti kena charge RM30/ person. Haaaa tak pasal pasal pulak kang. Hihihihi. Gurau jer!

Jap jap, nak share gambar se'das'. Wheeee!

Gayat tapi syok ooo :D


Bang, cover sikit perut tu! *uhm!* 
Dah puas layan sunset atas gunung tu, we ouls pun balik la ke hotel untuk berehat rehat and prepare nak pergi dinner malam kang.

Okay.

Malam pulak, we ouls pergi jalan jalan cari makan.

We ouls pergi area Pekan Kuah. Sesajer nak jenjalan jauh jauh sikit.

So, pergi sana and lepak la kat kedai makan ni. 

Depan mall apa ntah.

Makanan dia tak berapa nak sedap. So, terasa tak berbaloi sangat makan kat situ.

Ikan Siakap dia tak fresh :(

Sedih sangat.

Tapi disebabkan perut dah lapar sangat, kami pun makan jer laaa.

Lepas makan, we ouls jenjalan sikit naik kereta. Duk tepi tepr lain kat Hotel Baron Langkawi yang kat Kuah tu. Tengok mat mat rewpitzz tunjuk power. Hikhikhik.

Dah penat tu, we ouls pun balik hotel~ 

Nak save tenaga untuk esok pulak.

Langkawi (Part 1)

Salam.

Hai korang!

Lama ai tak hapdate ini belog.

Berhabuk dah. 'Fuhh, fuhh!"

Okay.

Kali ni ai nak share dengan korang info kalau nak pergi bercuti kat Langkawi.

Actually, percutian ni pun di plan last minute.

So, lets begin! HAHA. *saited*

Firstly, sebelum pape hal, ai survey harga ticket flight dulu.

Tetiba time ni ada promotion.

Return ticket untuk 4 orang around RM400++ jer.

So apelagi. Ai grab jerla.

Actually, flight ticket ni boleh dapat lagi murah.

Selalu kalau nak yang lagi murah, kena tunggu Air Asia buat promo gila gila.

Then, step yang kedua ai cari hotel.

Normally, orang selalu pilih hotel kat area area Pantai Chenang. Sebab waktu malam kat Pantai Chenang ni meriah ewah ewah sangat. Banyak kedai makan. Banyak tourist jalan jalan *eh*. HAHAHA.

Tapi, kalau dah nawaitu nak pergi Langkawi untuk ber'shopping'. Ai recommend kan korang untuk book hotel kat area Kuah.

Hari tu ai duk kat area Pantai Chenang.

Cari hotel yang murah murah je.

Budget lebih untuk pergi jenjalan nanti.Hihihihi.

Okay!

Lepas dah dapat ticket flight, hotel pun dah booking. Now nak cari kereta sewa pulak.

Actually, kat airport Langkawi tu bersepah agent yang offer kereta sewa. Tapi macam biasa la.

Harga dia agak pricey sikit.

Macam ai, ai dah call untuk booking awal awal dengan Pak Long ni.

Kira ok lah jugak sebab ai dapat kereta Wira RM40/ day(non- peak hour) kalau peak hour, tetiba harga boleh naik jadi double. HAHAHA

And yang besrnya, Pak Long ni boleh kautim kautim sikit.

Okay done!

Preparation before nak pergi Langkawi sudah disettlekan.