Tuesday, July 14, 2015

Langkawi (Part 2)

Hai.

Okay sambung lagi !

Day 1 (27 Mei 2015)

Yeayyy. Hari yang di nanti-nanti sudah tiba.*aiceh*

Masa first day ni, ai tak plan aktiviti nak berjalan sangat.

Sebab sampai Langkawi pun dalam pukul 2 petang macam tu.

Sebab flight pukul 1 cemtu kan.

Hihihihi.

Hai Langkawi!


So sampai sampai sana, kami tunggu Pak long hantar kereta sewa.

Pak long ni bagus jugak la service dia.

Dia dah sampai awal lagi daripada customer.

So, sesampai je ai kat sana, terus dengan meriahnya dapat kereta sewa. Hihihi

Ohh ye.

Make sure kalau pakai kereta sewa, tak kisah la daripada sesiapa sekalipun, jangan lupa request receipt. So, apa apa jadi nanti senang sebab ada "black and white".

Okay, lepas urusan kereta sewa dah selesai, kita pergi isi minyak kereta dulu.

HAHA. Sebab minyak yang sedia ada tu cukup cukup je untuk sampai kat station minyak yang berdekatan.

Lepas dah settle semua semua tu.

We ouls check in hotel pulak.

We ouls stay kat The Courtyard Langkawi.

The Courtyard Langkawi


Area area Pantai Tengah. Dekat dengan Aseana Hotel yang colourful gila babeng tu.Hihihi

Rate hotel dia kira okay la. RM150 per night.

Ai amek 2 nights, so tatal up only RM300 jer. Murah kan? *flip tudung*

Condition hotel dia ni boleh la tahan.

Untuk leisure okay sangat lah tu.

Dalam bilik ada aircond, peti ais, toaster/oven, kettle. Wifi pun lajuuu. Cuma slack takda tv jer.
HAHAHA. Tapi okay la tu, nak tengok tv, baik duk rumah. Takyah g jenjalan. Hikhikhik

Lepas dah check in. We ouls kemas barang sikit sikit.

Plan hari ni nak tengok sunset kat atas Gunung.

So~ Jum ke Cable Car!

Masa we ouls sampai kat sini, semua activities dah tutup.

Oriental Village dah tutup, semua lah dah tutup. Almaklumlah dah petang.

So, ai recommend kalau nak experience macam macam activities, pergi lah tengah tengah hari sikir. Huhuhu.

Entrance untuk naik cable car ni dalam RM15/ person.

Ni package dah termasuk dome + sky cab.

Kira okay lah tuuu. Make sure bawak MyKad okayy. Kalau muka korang ni ada mix mix jawa ke, nanti kena charge RM30/ person. Haaaa tak pasal pasal pulak kang. Hihihihi. Gurau jer!

Jap jap, nak share gambar se'das'. Wheeee!

Gayat tapi syok ooo :D


Bang, cover sikit perut tu! *uhm!* 
Dah puas layan sunset atas gunung tu, we ouls pun balik la ke hotel untuk berehat rehat and prepare nak pergi dinner malam kang.

Okay.

Malam pulak, we ouls pergi jalan jalan cari makan.

We ouls pergi area Pekan Kuah. Sesajer nak jenjalan jauh jauh sikit.

So, pergi sana and lepak la kat kedai makan ni. 

Depan mall apa ntah.

Makanan dia tak berapa nak sedap. So, terasa tak berbaloi sangat makan kat situ.

Ikan Siakap dia tak fresh :(

Sedih sangat.

Tapi disebabkan perut dah lapar sangat, kami pun makan jer laaa.

Lepas makan, we ouls jenjalan sikit naik kereta. Duk tepi tepr lain kat Hotel Baron Langkawi yang kat Kuah tu. Tengok mat mat rewpitzz tunjuk power. Hikhikhik.

Dah penat tu, we ouls pun balik hotel~ 

Nak save tenaga untuk esok pulak.

No comments:

Post a Comment