Friday, April 10, 2015

Mengenali makhluk bernama Fatin Nabila 💞

Assalamualaikum--

Hai. Lama rasanya tak start nak bercerita.

Banyak betul benda yang jadi masa tahun 2014/2015.

Saaaaangat banyak--

Masa tahun 2014 paling banyak perkara yang terjadi dan change hidup den secara total.

Even sekarang den masih lagi nak sesuai dengan keadaan dan situasi hidup den yang sebenar.

Perkara pertama yang start merubah hidup den ialah lepas je den habis study kat Kedah, unexpected things happen.

Nenek den yang tercinta kena penyakit strok--

Den dapat sambung belajar kat Puncak Perdana. Nasib baiklah dekat. Dapat la den ulang alik balik rumah.

Tapi tak lama. Hari kedua Ramadhan, nenek dijemput untuk mengadap Illahi.

Al Fatihah untuk arwah Hajah Rujimah Binti Abd Rahim.

Lepas tu, secara tak diduga. Den pulak di diagnosed mengidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythemotosus). Nak tahu lebih mendalam pasal penyakit ni. Sila tanya Si Handsome Google. Hehehe

Penyakit den ni dah serang bahagian buah pinggang dan lepas di biopsy, buah pinggang belah kanan den rosak class 3 dan kelas 5.

Makanya, den disarankan untuk mendapat perhatian penuh dari doktor pakar. Setiap 3 bulan gerenti masuk hospital. Dah jadi macam rumah kedua dah kot-- Hahaha.

Disebabkan itu, pengajian den kat UiTM tu pun tergendala. Terpaksa minta extend untuk dua semester. Kalau masih diberi kesempatan untuk pulih, InsyaAllah den sambung. Kalau tak, den minta la orang lain untuk teruskan perjuangan den ni haa. Tak dapat la den nak repeat bergambar dengan Naib Chancellor untuk Majlis Konvokensyen untuk degree. Terpaksalah gantung gambar konvo retard yang masa diploma tu. Hahahahahahaha 😂

Tulaaa yang terjadi kepada den for those yang tertanya tanya apa yang terjadi kat den selama ni. Hahahaha. *Acah acah ghetis sekejap* 👯

Tapi syukur Alhamdulilah--

Semenjak den sakit, den pernah hilang rasa semangat. Terasa jatuh sangat.

Tapi family  den kuat disamping diri ini.

Mama--

Tak pernah sekali pun tak ikhtiar macam macam. Segala jenis ubat yang ada beliau nak beli. Pantang den sakit, beliau dah cuak semacam. Kasih sayang beliau memang first class 💞  Sampai den terasa sedih sangat sebab sepatutnya den yang jaga mama. Bukan sebaliknya!

Ya Allah. Aku mohon sangat supaya Kau berikan kesihatan yang baik pada bondaku yang tersangat Aku cintai dan Kau panjangkan umurnya. Amin Ya Rabbal Alaaamin--

Angah & Emy--
Dua ekor makhluk ni pun sama.
Cekal hantar den pergi hospital.
Sabar tunggu nombor giliran yang macam suey. Hahahahahaha
Layan den macam princess 👸
Koranglah best buddies, korang lah worst enemies yang menceriakan hari hari den.

Baba, Maksu & Amira gegeh--
Thank you baba sebab gigih sangat sediakan GL setiap kali masuk hospital. Merasalah den duduk ward first class. Kuranglah sakit sikit. Hahahahaha

Maksu pun.
Lepas keluar wad, dia lah nurse den yang monitor keadaan ubat ubatan den.

Amira pun sama. Thank you sebab jaga kak long. Okay? Nah muahh sikit 😘

Last but not least--
Encik Muhammad Hayatul Kamil.
Terima kasih.
Walaupun kamu baru je kenal saya.
Walaupun kamu takda hubungan kekeluargaan dengan saya.
Kamu nak juga menyibuk jaga saya.

Maaf.
Sebab menyusahkan kamu.
Kalau saya masuk hospital, kamu mesti jaga saya hari hari.
Setiap hari--
Balik kerja terus stay kat hospital sampai saya dah nak tidur.
Terima kasih sangat.
Tak pernah miss pun. (Ada sehari je kamu tak dapat datang). Hahaha. Den ingat okay?!

Kalau ada jodoh.
InsyaAllah--
Kalau takda atau tak sempat.
Saya minta maaf.

and.....
Kawan kawan yang rapat pun ada yang den bagitahu.
Tapi sikit la.
Sorry sebab den tak ramai kawan.
Tak ramai yang suka jadi member den.
Kihkihkih 😜

Okay lah.

Thats all.

Bye Bye


3 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah 😊

      Bie banyak banyak doakan Bella okay? 👍

      Delete
  2. In shaa allah pasti bie 😭😭

    ReplyDelete