Monday, April 20, 2015

Antara kasih dan kasihan

Salam.

Kasih versus Kasihan.

Dua-dua ada erti dia yang tersendiri.

Kasih lain.

Kasihan lain.

Tak sama-- Langsung tak--

Kasih bermaksud kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. (Wikipedia)

Kasihan pula membawa erti, perasaan manusia yang muncul akibat penderitaan orang lain. 
Lebih kuat daripada empati. 
Perasaan ini biasanya memunculkan usaha untuk mengurangi penderitaan orang lain. (Wikipedia)

Dari definisi Kasih dan Kasihan tu--

Den dapat simpulkan yang terdapat jurang dan perbezaan yang besar di antara Kasih dan Kasihan.

Kasih--
Sanggup melakukan apa sahaja.

Kasihan--
Rela melakukan apa sahaja.

Kasih--
Memahami apa yang ada di sudut hati.

Kasihan--
Terpaksa mencuba untuk memahami.

Kasih--
Dirasai dari hati keikhlasan dan sayang yang diberikan.

Kasihan--
Mencuba untuk ikhlas menyayangi.

Dan....

Kasih, kamu cuma Kasihan 😔

Thursday, April 16, 2015

Tiada apa apa berlaku 😉

Baru-baru ni den dikejutkan dengan satu berita yang tiada apa apa berlaku

Faham tak?
Tiada apa apa berlaku
Tiada apa apa berlaku
Faham tak ni?

Tiada apa apa berlaku

Tiada apa apa berlaku

Kenapa kamu masih membaca?
Den dah cakap
Tiada apa apa berlaku

Tiada apa apa berlaku

Berkemungkinan kamu akan baca sampai habis
Walaupun den dah cakap
Tiada apa apa berlaku
Tiada apa apa berlaku

Kerana kamu tahu
Tiada apa apa berlaku
Jadi kamu harap sesuatu akan berlaku
atau
Kamu sendiri akan melakukan sesuatu
atau
Kamu sendiri masih tidak faham yang tiada apa apa berlaku

Itu namanya hidup
Walaupun kosong kamu sentiasa ternanti penghujungnya

Tapi masih tiada apa apa berlaku

Sunday, April 12, 2015

Teringin nak pergi Cameron Highland ⛄️⛄️

Assalamualaikum--

Haa. Dah mai dah mood den ni haa teringin macam macam.

Mengadaa betul kan 😥

Tapi nak buat cemana. Dah memang teringin sangat sangat dah.

Dulu masa study kat Kedah, boleh dikatakan setiap minggu pergi Cameron. Ikut jalan Simpang Pulai tu. Lain macam feel dia. Hahahahahah ☺️

Teringinnya!

Banyak benda best actually kat situ.
(For those yang suka tempat yang sunyi and tenang) ⛄️

I like this place a LOT!

Ni nak story tempat tempat yang den suka kat sana.

1. Bharat Tea Plantation

This place memang den suka pergi. Sebab ada scenery yang boleh tahan best kat bawah tu.
Ada air terjun mini and permandangan ladang teh yang cantik.
Ada jugak la feel feel kat oversea kalau duduk lepak kat sini.

Best juga sebab nak turun ke bawah tak penat nak jalan.
Nak naik balik tu--
Hahahahaha.
Faham faham jelah. Senak!










2. BOH Tea Plantation

Kalau tempat nak feel feel duduk tengah ladang teh.
Dengan beautiful scenery-nya.
Haaa--
Kat sini la.

Jalan nak masuk ke ladang teh ni, adventure sikit.
Sebab jalan kecik.
So, you must be extra carefull.
Lagi lagi yang bawak kereta besar besar tu.
Den kira okay lagi bawak Baby Viva La Vida tu. Hahah

Oh ya!

Hari Isnin tempat ni tutup.











3. Strawberry Farm

Dekat area area Ladang Teh BOH tu, ada terselit strawberry farm favourite den.
Jalan nak pergi sana lagi haru!
Kena naik bukit tinggi.

Tapi kat situ den rasa murah strawberry dia.
And pekerja bangla kat situ ramah and suka panggil den Kajol. Hahahah ✌️

And one more thing, kat sana tak berapa nak ramai orang. So, special sikit la dorang layan kita.

Compared dengan strawberry farm yang lain, yang ramai orang, pekerja dorang mana nak layan kita sangat.











4. Ladang Lavender

Yang ni pun best jugaa--
Kalau pergi honeymoon lah--

Uhm!

Kat sini nak masuk kena fees RM5.

Kat sini best sebab siapa yang suka lavender tu, kat dalam tu macam macam color pokok lavender adoo.

Boleh feel feel macam kat Korea.

Sebab ada Love Lock yang korang boleh tulis wish and lock kat tempat kunci yang disediakan.

Kat atas pulak ada castle comel. Ada ladang bunga. Boleh petik terus bagi kat bini.  Ada la strawberry sikit-- Tapi strawberry kat sini pricey sikit laaa 😁











5. Pasar Malam Brinchang

Ni lagi tempat favourite den!

Kat sini semua ada.

Kalau sepanjang hari tak sempat nak jelajah Cameron tu, kat sini semua ado!

Murah murah lak tu 👍

Tapi pasar ni bukak hujung minggu je.

---------

Banyak lagi tempat best kat sini.
Tapi den cerita tempat yang den suka pergi jelah.
Tempat best lagi macam--

• Ladang Cactus











• Ladang Red Strawberry kat Brinchang













• Taman yang ada jam kat Tanah Rata











• Taman Lebah











• Taman Rama-Rama











..... dan lain lain.

Tapi bagi den tempat tu biasa biasa jer.

Ouh teringinnya nak pergi!

Dah sihat sikit nanti nak pergi lah.

Ouh lagi satu tempat ni, ada Chocolate Factory. Siapa suka chocolate pergi lah sana.

Tapi kena lalu kat jalan Simpang Pulai.

Kalau lalu Tapah, takkan jumpa. Hahaha 😘

Okay lah.

Bye Bye.

Friday, April 10, 2015

Mengenali makhluk bernama Fatin Nabila 💞

Assalamualaikum--

Hai. Lama rasanya tak start nak bercerita.

Banyak betul benda yang jadi masa tahun 2014/2015.

Saaaaangat banyak--

Masa tahun 2014 paling banyak perkara yang terjadi dan change hidup den secara total.

Even sekarang den masih lagi nak sesuai dengan keadaan dan situasi hidup den yang sebenar.

Perkara pertama yang start merubah hidup den ialah lepas je den habis study kat Kedah, unexpected things happen.

Nenek den yang tercinta kena penyakit strok--

Den dapat sambung belajar kat Puncak Perdana. Nasib baiklah dekat. Dapat la den ulang alik balik rumah.

Tapi tak lama. Hari kedua Ramadhan, nenek dijemput untuk mengadap Illahi.

Al Fatihah untuk arwah Hajah Rujimah Binti Abd Rahim.

Lepas tu, secara tak diduga. Den pulak di diagnosed mengidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythemotosus). Nak tahu lebih mendalam pasal penyakit ni. Sila tanya Si Handsome Google. Hehehe

Penyakit den ni dah serang bahagian buah pinggang dan lepas di biopsy, buah pinggang belah kanan den rosak class 3 dan kelas 5.

Makanya, den disarankan untuk mendapat perhatian penuh dari doktor pakar. Setiap 3 bulan gerenti masuk hospital. Dah jadi macam rumah kedua dah kot-- Hahaha.

Disebabkan itu, pengajian den kat UiTM tu pun tergendala. Terpaksa minta extend untuk dua semester. Kalau masih diberi kesempatan untuk pulih, InsyaAllah den sambung. Kalau tak, den minta la orang lain untuk teruskan perjuangan den ni haa. Tak dapat la den nak repeat bergambar dengan Naib Chancellor untuk Majlis Konvokensyen untuk degree. Terpaksalah gantung gambar konvo retard yang masa diploma tu. Hahahahahahaha 😂

Tulaaa yang terjadi kepada den for those yang tertanya tanya apa yang terjadi kat den selama ni. Hahahaha. *Acah acah ghetis sekejap* 👯

Tapi syukur Alhamdulilah--

Semenjak den sakit, den pernah hilang rasa semangat. Terasa jatuh sangat.

Tapi family  den kuat disamping diri ini.

Mama--

Tak pernah sekali pun tak ikhtiar macam macam. Segala jenis ubat yang ada beliau nak beli. Pantang den sakit, beliau dah cuak semacam. Kasih sayang beliau memang first class 💞  Sampai den terasa sedih sangat sebab sepatutnya den yang jaga mama. Bukan sebaliknya!

Ya Allah. Aku mohon sangat supaya Kau berikan kesihatan yang baik pada bondaku yang tersangat Aku cintai dan Kau panjangkan umurnya. Amin Ya Rabbal Alaaamin--

Angah & Emy--
Dua ekor makhluk ni pun sama.
Cekal hantar den pergi hospital.
Sabar tunggu nombor giliran yang macam suey. Hahahahahaha
Layan den macam princess 👸
Koranglah best buddies, korang lah worst enemies yang menceriakan hari hari den.

Baba, Maksu & Amira gegeh--
Thank you baba sebab gigih sangat sediakan GL setiap kali masuk hospital. Merasalah den duduk ward first class. Kuranglah sakit sikit. Hahahahaha

Maksu pun.
Lepas keluar wad, dia lah nurse den yang monitor keadaan ubat ubatan den.

Amira pun sama. Thank you sebab jaga kak long. Okay? Nah muahh sikit 😘

Last but not least--
Encik Muhammad Hayatul Kamil.
Terima kasih.
Walaupun kamu baru je kenal saya.
Walaupun kamu takda hubungan kekeluargaan dengan saya.
Kamu nak juga menyibuk jaga saya.

Maaf.
Sebab menyusahkan kamu.
Kalau saya masuk hospital, kamu mesti jaga saya hari hari.
Setiap hari--
Balik kerja terus stay kat hospital sampai saya dah nak tidur.
Terima kasih sangat.
Tak pernah miss pun. (Ada sehari je kamu tak dapat datang). Hahaha. Den ingat okay?!

Kalau ada jodoh.
InsyaAllah--
Kalau takda atau tak sempat.
Saya minta maaf.

and.....
Kawan kawan yang rapat pun ada yang den bagitahu.
Tapi sikit la.
Sorry sebab den tak ramai kawan.
Tak ramai yang suka jadi member den.
Kihkihkih 😜

Okay lah.

Thats all.

Bye Bye


Hai Hei Hello

Salam.

Maaf sebab delete semua post yang lama.

Banyak sebab kenapa buat macam tu.

Ni pun tengah menggagau nak cari idea nak post entry pasal apa.

Hahaha.

Maybe banyak nak story macam ala ala tulis diary kot.

Siapa yang rasa interested nak baca tu, baca la.

Yang tak sudi takpa, den tak marah pun.

Okay lah.

Nak sambung godek godek blog.

Sebab macam dah banyak sangat yang berubahnya ni.

Bye Bye